bermula tugas sebagai penguatkuasa di CIDB...
bertanggungjawab memastikan pemain industri pembinaan mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan..
AKTA CIDB 520 Akta 520 dan Pindaan Ditubuhkan pada tahun 1994, Akta CIDB 520 adalah satu tindakan untuk membentuk Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Ia dilaksanaan untuk menawarkan kepakaran CIDB yang berkaitan dengan industri pembinaan tempatan dan lain-lain perkara yang berkaitan. Dalam pindaan Akta 520, kualiti dan keselamatan pembinaan merupakan tunggak utama yang diwartakan penguatkuasaannya oleh Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof yang berkuatkuasa 1 Jun 2015. Pindaan Akta tersebut melibatkan tiga perkara utama iaitu: Peningkatan kualiti pembinaan melalui pendaftaran personel binaan, pemerakuan kemahiran dan kompetensi Jaminan kualiti bahan binaan melalui penetapan dan pematuhan kepada standard; dan Perletakan tanggungjawab mengurus dan memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan semasa atau selepas kerja pembinaan ke atas kontraktor dan pengurus tapak.
macam mana nak apply jadi penguatkuasa CIDB?
ReplyDelete